KAMPUS ASTRO

 
Pada 15hb Januari 2010, Pemasangan bagi Kampus Astro di PKG Sentul telah siap dipasang oleh Syarikat CYNNYX SDN BHD. Selepas Pemasangan tersebut, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sentul iaitu En. Mohd Khairizal telah diberi penerangan tentang penggunaan alat tersebut oleh agen syarikat yang terlibat.

Pemasangan Kampus Astro merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru
    Antara saluran- saluran pendidikan dan maklumat
    terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

    Disediakan oleh : Muhammad Syahir 

    0 comments:

    ANUGERAH

    Pada tahun 2008, PKG Sentul telah menerima 3 anugerah iaitu Anugerah PKG Cemerlang, Anugerah Pengurusan PKG Terbaik, dan Anugerah Pengurusan PSS Terbaik. Semua anugerah ini adalah hasil kerjasama yang bersungguh-sungguh pegawai dan staf PKG Sentul.Berikut merupakan Piala-piala untuk anugerah yang diterima.

















    Disediakan oleh : Muhammad Syahir

    0 comments:

    PEMANTAUAN MAKMAL KOMPUTER (PENGGANTIAN KOMPUTER) SMK TAMAN MELATI / SMK BATU MUDA

    Tempat : SMK Taman Melati / SMK Batu Muda
    Tarikh   : 11 Januari 2010
    Masa     : 9.00 Pagi - 1.30 tghari
    Pegawai Pemantau: En Mohd Khairizal b. Baharuddin/ Muhammad Syahir b. Shah Kholl Ajam


    Pada 11 Januari PTP PKG Sentul bersama FT PKG SENTUL telah pergi melawat 
    SMK Taman Melati dan SMK Batu Muda bagi membuat pemantauan Penggantian
    Komputer.
    Berikut adalah maklumat tentang panggantian tersebut:

    Sekolah: SMK Taman Melati
    Syarikat Pembekal: Trustwell Sdn Bhd
    Peralatan yang dibekalkan: 40 komputer murid, 2 komputer guru, 1 pelayan, 
    53 kabeling, 2 pencetak laser, 2 sistem penggera, 3 switch, 2 skrin projektor

    Sekolah: SMK Batu Muda
    Syarikat Pembekal: Trustwell Sdn Bhd
    Peralatan yang dibekalkan: 40 komputer murid, 2 komputer guru, 1 pelayan, 
    53 kabeling, 2 pencetak laser, 2 sistem penggera, 3 switch, 2 skrin projektor
    Berikut adalah gambar-gambar pemantauan yang dijalankan:

    SMK TAMAN MELATI


    SMK BATU MUDA

    Ditulis oleh : Mohd Khairizal

    0 comments:

    Mesyuarat Pengurusan PKG Sentul Bil 1/2010

    Pada 8 Januari 2010 bertempat di PKG Sentul telah diadakan Mesyuarat PKG Bil 1/2010. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. S Fadilah bt Mohd. Salleh. Turut hadir Pn. Hjh Noorayni bt Othman dari unit Hal Ehwal PKG BTPNKL serta ahli mesyuarat, En Mohd Khairizal b. Baharuddin, Normawati bt. Hj. Masban, dan Muhammad Syahir b. Shah Kholl Ajam.

    Mesyuarat ini membincangkan tentang SKT dan perancangan tahunan PKG 2010 serta penambahbaikan yang akan dilaksanakan. Antara perancangan yang dibuat adalah berkaitan dengan khidmat bantu ICT, PSS serta Program NILAM.



    Ditulis oleh : Mohd Khairizal 

    0 comments:

    PEMANTAUAN MAKMAL KOMPUTER (PENGGANTIAN KOMPUTER) SJKT SENTUL

    Tempat : SJKT Sentul
    Tarikh   : 8 Januari 2010
    Masa    : 9.00 Pagi
    Pegawai Pemantau: Pn. Hjh Noorayni bt. Othman / Pn. S Fadilah bt. Mohd. Salleh 
    /En. Mohd Khairizal b. Baharuddin / Muhammad Syahir b. Shah Kholl Ajam.

    Pada 8 Januari PKG Sentul bersama wakil dari BTPNKL Pn. Hjh Noorayni bt. Othman 
    telah pergi melawat SJKT Sentul bagi membuat pemantauan Penggantian Komputer serta 
    memberi Khidmat Bantu PSS kepada sekolah SJKT Sentul.
    Makmal komputer sekolah ini telah dibekalkan dengan 21 buah komputer dan 1 pelayan 
    bagi projek penggantian komputer sekolah. Pegawai yang terlibat ialah 
    En. Mohd Khairizal b. Baharuddin(PTP PKG) dan 
    Muhammad Syahir b. Shah Kholl Ajam(Juruteknik Komputer PKG).
    Syarikat Pembekal: Trustwell Sdn Bhd
    Khidmat Bantu PSS sesi pertama adalah tentang susun atur fizikal 
    Pusat Sumber di bangunan baru. Khidmat Bantu sesi yang seterusnya 
    akan di laksanakan secara berperingkat sehingga selesai. Pegawai yang 
    terlibat ialah Pn S Fadilah bt. Mohd Salleh (PTP PKG) dan Pn. Hjh Noorayni bt. Othman(BTPNKL)
    Berikut adalah gambar-gambar pemantauan yang dijalankan:

    Ditulis oleh : Mohd Khairizal 


    0 comments:

    FUNGSI PKG





    FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU



    1. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
    2. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
    3. Menyebar,mempromosi dan mengalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
    4. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah.
    5. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
    6. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
    7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.


    Ditulis oleh : Mohd Khairizal  

    0 comments: