Profil PKG

PEGAWAI PKG SENTUL



Pegawai Teknologi Pendidikan 1
Cik Syam Irza Mohd Sham



Pembantu Tadbir
En. Roslan Mohd Ali



Juruteknik Komputer
En. Saifizan Afzarin Abdul Latib


_________________________________________________________________________________


PENGENALAN

Pusat Kegiatan Guru (PKG), dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep & rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu & Pahang.
Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi & memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar & dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan & membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina & 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

____________________________________________________________

SEJARAH PKG SENTUL



Pusat Kegiatan Guru Sentul adalah salah sebuah dari 6 PKG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pada mulanya beroperasi pada 14 Ogos 1990 di bangunan SK Sentul 1.


Tahun 2002, PKG Sentul telah berpindah & memulakan operasinya di salah sebuah blok bangunan yang dibina pada tahun 1928, di dalam kawasan yang beralamat di Sek Keb Setapak, No 1 Jalan Pahang,53200 Kuala Lumpur disebabkan bangunan PKG di SK Sentul 1 akan dirobohkan bagi pembinaan laluan "Lebuhraya Lingkaran Hulu Kelang".



Pada 2011, sekali lagi PKG Sentul berpindah ke bangunan baru di Taman Sri Segambut. Bangunan ini telah mula dibina pada Mac 2009 & dijangka siap pada Jun 2010 tetapi telah ditunda hampir setahun berikutan masalah mendapat sambungan bekalan elektrik. Ini merupakan PKG pertama seumpamanya di Malaysia yang siap dengan rekabentuk terbaru untuk PKG di seluruh negara dalam RMK9. 

________________________________________________________________________

VISI

MENERAJU TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

MISI 

PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INSTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

MOTO

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI