Khemah Membaca 2016

Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah -   sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu   untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan  yang berteraskan pelajaran. Oleh itu,  para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama, mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.


Majlis telah dirasmikan oleh En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah, BTPN WPKL ) semasa majlis penutupan kami juga turut menjemput Pn Nurhafiza bt Baharuddin ( Ketua Unit Pengurusan Strategik BTPN Negeri Sembilan ) bagi mewakili KPP BTPN Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis penutupanMajlis penutupan merupakan sebagai tirai penutup Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2016. 


Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan  terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan  program ini terutama kepada BTPN Negeri Sembilan kerana telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang sangat baik kepada kami, para hakim yang terpilih serta para pegawai BTPN WPKL & PKG KL.

sumber : http://upspbtpnkl.blogspot.my/ (UPSP BTPNKL)



Khemah Membaca 2016


Promo Anugerah Nilam 2016

Selamat Datang ke PKG Sentul


SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 
KEPADA ...

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN II (DG 32 KUP)
PN. NORDARSHIMA BINTI KASSIM

Beliau mula bertugas di PKG Sentul pada 1 September 2016.

1GovUC Tips (Berhati-hati apabila menggunakan wifi awam)


* sumber : 1GovUC

Mesyuarat Pengurusan Tekno-ICT Sekolah Bil.2 & Taklimat Smart School Qualification Standard (SSQS) 2016

Mesyuarat Pengurusan Tekno-ICT Sekolah Bil.2 & Taklimat SSQS 2016 ini telah diadakan dengan jayanya pada 19 Ogos 2016 bertempat di Bilik Zamrud PKG Sentul. Taklimat ini melibatkan seramai 44 orang Guru ICT dan Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Sentul. Pelbagai agenda telah dibincangkan bersama antaranya Penyelenggaraan ICT, VLE Frog, 1Bestarinet & SSQS 2016. Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi ini turut membincangkan hal berkaitan panduan laporan penyelenggaraan ICT dan pengisian data dongle 1Bestarinet yang akan ditutup pada 22hb. Ogos 2016 ini. Pelbagai persoalan yang telah terjawab dan diharapkan ia dapat membantu pihak sekolah. Justeru itu, PKG Sentul mengucapkan Terima Kasih atas kehadiran Ketua Unit dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pembestarian Sekolah BTPNWPKL; En. Abd. Halim b. Abu Samah & En. Mohamad Asif Mushadat b. Abdul Saha. 


Sebagai memberi semangat dan ucapan Terima Kasih kepada GICT & GPB yang bertungkus lumus memastikan SSQS Sekolah Ahli PKG Sentul pada tahap yang terbaik, kami telah menyampaikan cenderahati kepada 32 sekolah yang telah menyelesaikan instrumen responden SSQS. 


Daun Selasih, Ikan Puyu,Terima kasih, Thank you.  













































Jemputan Menyertai Peraduan INSTAGRAM MERDEKA 2016

(klik gambar untuk paparan lebih besar)


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa

YBHG.DATUK/DATO’/TUAN/PUAN,

JEMPUTAN MENYERTAI PERADUAN INSTAGRAM MERDEKA 2016

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-

Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.

 Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;

 Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online; 

(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 16 Ogos - 16 September 2016) 

 3.      Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
b)  Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

4.       Bersama-sama ini turut dilampirkan info beserta terma dan syarat pertandingan untuk perhatian YBhg. Dato'/Tuan/Puan jua. Sehubungan dengan itu, semua warga Kementerian/ Jabatan/ Agensi adalah dijemput untuk menyertai peraduan ini. 
 
Sekian, terima kasih.



Jawatankuasa Media dan Publisiti
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016
03-8911 7381

Bengkel Pembinaan User Generator Content (UGC) Dengan Menggunakan Aset Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Satu Bengkel Pembinaan User Generator Content (UGC) Dengan Menggunakan Aset Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 telah diadakan dengan jayanya pada 17 & 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Kuliah PKG Kampung Pandan. Bengkel ini berjaya mengumpulkan seramai 36 orang guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (6 sekolah ahli PKG Sentul: SK La Salle Sentul 1 & 2, SK Convent Sentul 2, SJKC Sentul, SJKT Segambut dan SK Seri Perak). Bengkel ini merupakan hasil usahasama antara 6 PKG WPKL.  

Pelbagai teknik PdP alaf baru yang diajar antaranya penggunaan Microsoft Mix, dll. Bengkel ini turut memilih kumpulan terbaik dalam penyampaian menggunakan google slide serta memilih beberapa peserta terbaik bagi kuiz ICT menggunakan aplikasi Kahoot & 21CLD. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah BTPNWPKL, En. Mustapa Alba b. Umar. 

RENTETAN KENANGAN BERSAMA;




\



video

Hari Pertama (17 Ogos 2016)


video

Hari Kedua (18 Ogos 2016)