TV Pendidikan bermula pada tahun 1972 hasil kelulusan Kertas Kabinet 1971 bagi mewujudkan Program Perkhidmatan Sebaran Pendidikan dan disiarkan melalui saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menggunakan pancaran terrestrial. Sehubungan dengan itu, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (sekarang BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi geran peruntukan kewangan bagi mengurus pembekalan peralatan radio, televisyen dan alat pandang dengar kepada semua sekolah seluruh Malaysia.
Hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September 1999 mempersetujui Memorandum Menteri Pendidikan (No: 508/2186/99 bertajuk “Penyiaran Rancangan TV Pendidikan Selepas Disember 1999” ) supaya penyiaran TV Pendidikan selepas Disember 1999 dibuat melalui stesyen penyiaran swasta yang menggunakan satelit iaitu ASTRO.
MATLAMAT KAJIAN
Matlamat utama kajian ini ialah untuk mendapatkan gambaran status peralatan, tahap penggunaan dan keperluan TV dan DVD di sekolah. Dapatan kajian ini akan menentukan justifikasi keperluan pembekalan peralatan TVLCD dan DVD ke sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini ialah bagi mengenal pasti:
1. Bilangan TV & DVD yang terdapat di sekolah.
2. Bilangan TV & DVD yang berfungsi di sekolah.
3. Tahap penggunaan TV & DVD di sekolah mengikut kelas / tingkatan.
4. Tujuan penggunaan TV & DVD di sekolah.
5. Keperluan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
6. Keberkesanan penggunaan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
Senario ini mendorong KPM untuk membuat satu kajian awal status peralatan dan penggunaan TV di sekolah bagi mengenalpasti keperluan dan keberkesanan TV di sekolah. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kaji selidik Sistem Penggunaan Media di Sekolah ataupun mahu terus menjawab soalan instrumen, boleh klik ke pautan SPMS dilaman blog PKG Kg Pandan.
Peringatan :
1. Pautan untuk ke halaman Sistem ini boleh didapati pada "link" di sebelah kiri
atau menaip "http://apps.moe.edu.my/spms/login.php" di alamat "web browser"
anda.
2. ID Pengguna dan kata laluan sama seperti Sistem SSQS
3. Sila menjawab soalan secara online pada atau sebelum 10 Februari 2010.
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai BTPN/PKG berhampiran
Disediakan oleh : Muhammad Syahir
SISTEM KAJI SELIDIK PENGGUNAAN MEDIA DI SEKOLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: