Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2010 Fasa 1 Telah Bermula



Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online  melalui URL: http://ssqs.moe.edu.myhttp://rnd.moe.edu.my/ssqs, http://pnp.moe.edu.my atau terus ke pautan sebelah kiri blog ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:
1.       Pusat Akses Sekolah
2.       Makmal Komputer
3.       Capaian Internet
4.       Perisian Kursus Pendidikan
5.       Peralatan PPSMI
6.       Perkongsian Pintar
7.       EduWebTV
8.       ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:
a.      21 Mac hingga 9 April 2010
b.      20 Jun hingga 9 Julai 2010
c.      19 September 8 Oktober 2010
Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

0 comments: