SURAT ARAHAN PENGARAH JPNWP KL UNTUK MENGGUNAKAN 1EMAIL1SEKOLAH SEBAGAI SALURAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Satu keputusan telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Portal JPNWP Bil.1/2012 iaitu semua sekolah dibawah pentadbiran JPNWP mempunyai satu email akaun yang selaras. Sehubungan dengan itu, Tuan Hj. Jamaluddin Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mewakili Dato' Haji Khairil Bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran JPNWP telah bersetuju untuk menggunakan email akaun yang telah disediakan oleh Bhgn. Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur iaitu la.(kodsekolah)@btpnkl.edu.my sebagai email rasmi bagi menggantikan email akaun yang sedia ada berkuatkuasa serta merta. Berikut, sila rujuk surat dilampirkan. Harap maklum...
Minta kerjasama pihak sekolah untuk menghantar kembali borang Akuan Penggunaan 1Email1Sekolah bagi penyimpanan rekod kami. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi PKG Sentul.

0 comments: