#imbaskembali Chromixium Operating System (OS)


#imbaskembali
#kenanganpkgsentul

Chromixium Operating System (OS) merupakan salah satu inisiatif ICT oleh PKG Sentul dalam membantu sekolah untuk meningkatkan serta memaksimumkan penggunaan peralatan ICT terutama sekali Netbook di sekolah. Peralatan netbook mula diedarkan kepada sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2015. Netbook yang dibekalkan kepada sekolah mempunyai spesifikasi perkakasan yang rendah dan tidak sesuai untuk penggunaan sistem pengoperasian 'Windows'. Perisian seperti Goole Classroom,Google Drive,Youtube,Office 365 sesuai digunakan pada Chromixium OS. Chromixium OS adalah sistem pengoperasian percuma.

Bengkel pertama telah diadakan pada tarikh 9 hingga 10 Ogos 2016 di PKG Sentul yang melibatkan seramai 26 GPB / GICT sekolah ahli PKG Sentul. Objektif bengkel diadakan adalah :

1. Memberi pendedakan serta pengetahuan baru kepada GICT dan GPB mengenai Chromixium OS
2. Memberi kepakaran dan kemahiran kepada GICT & GPB
3. Sebagai medium baru dalam penggunaan sistem pengoperasian di sekolah
4. GICT & GPB dapat menggunakan Chromixium OS pada peralatan netbook di sekolah dan penggunaan netbook dapat dipertingkatkan
5. GICT & GPB dapat menggunakan Chromixium OS pada peralatan ICT lain di sekolah seperti Komputer peribadi
6. Memudahkan para murid dan guru untuk melayari internet dan pendedahan kepada produk-produk google yang lain seperti Google Classroom,Google Drive dll
7. Menjadikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih memudahkan dan menyeronokkan

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh En Marutheisweran a/l Thanggamani dan perkongsian ilmu oleh Cikgu Mohd Zuhasnan Bin Abdullah serta En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib







Bengkel seterusnya diadakan pada 25 hingga 26 April 2017. Bengkel tersebut telah berjaya mengumpulkan 46 orang PPTM dan JTK sekolah ahli PKG Sentul,PKG Segambut Jaya,PKG Keramat dan PKG Bangsar. Objektif perlaksanaan bengkel ialah :-

1. Memberi pendedakan serta pengetahuan baru mengenai Chromixium OS
2. Memberi kepakaran dan kemahiran kepada PPTM & JTK sekolah
3. Sebagai persediaan kepada PPTM & JTK sekolah sekiranya khidmat mereka diperlukan semasa khidmat bantu ICT
4. Sebagai salah satu sistem pengoperasian yang baru sekiranya pengoperasian Windows mengalami masalah

Bengkel tersebut telah disampaikan En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib dan dibantu oleh En Shahrullail Bin Khalidin,En Mohd Seth Bin Yusof dan Pn Rina a/p Murugaiah 












Beberapa sekolah ahli PKG Sentul juga turut memohon untuk mendapatkan Khidmat Bantu bagi tujuan installasi Chromixium OS untuk peralatan komputer peribadi dan netbook di sekolah





Chromixium OS kini telah diguna pakai di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur dan masih lagi releven kerana memudahkan para Guru dan murid untuk melakukan akses kepada beberapa perisian yang akan digunakan di masa akan datang. Sebagai contoh perisian yang melibatkan penggunaan internet iaitu Google Classroom,Google Drive,Youtube serta penggunaan Office 365. 


Bahan-bahan berkenaan Chromixium OS boleh di muat turun di pautan berikut : 


Video Tutorial



#imbaskembali
#kenanganpkgsentul



0 comments: