KAMPUS ASTRO

 
Pada 15hb Januari 2010, Pemasangan bagi Kampus Astro di PKG Sentul telah siap dipasang oleh Syarikat CYNNYX SDN BHD. Selepas Pemasangan tersebut, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sentul iaitu En. Mohd Khairizal telah diberi penerangan tentang penggunaan alat tersebut oleh agen syarikat yang terlibat.

Pemasangan Kampus Astro merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru
    Antara saluran- saluran pendidikan dan maklumat
    terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

    Disediakan oleh : Muhammad Syahir 

    0 comments: