Pada 16 Jun 2010, Unit Hal Ehwal PKG BTPNKL telah mengadakan Bengkel Penyelarasan PKP-04 yang bertempat di PKG Pudu. Bengkel ini melibatkan 9 orang peserta terdiri daripada Juruteknik komputer (FT17) dan Pembantu Takbir (N17) di PKG Kuala Lumpur.
Pegawai Teknologi Pendidikan yang terlibat dalam membantu menjayakan bengkel ini ialah En. Mohd. Zabidi Ismail (Pengurus Dokumen Kualiti BTPNKL), Hajjah Noorayni Bt. Othman (Unit PKG), En. Abd Halim B. Abu Samah (Unit ICT), En. Nazri B. Ishak (Pengurus PKP-O4) dan telah dihadiri oleh En. Mohd Sanusi Saseetharan B. Abdullah (KPP BTPNKL) dan Encik Zainuddin B. Othman (Ketua Unit PKG).
Objektif bengkel ialah :
1. Menyelaraskan dokumen PKP-04
2. Penyelarasan borang PKP-04
3. Cara penulisan laporan bulanan
4. Penetapan profil sekolah, borang GPM dan GPB.
0 comments: