ASTRO TUTOR TV



Saluran ini penuh dengan nasihat berguna untuk membantu murid-murid tentang teknik serta strategi menjawab peperiksaan. Uji kemampuan anda dengan menjawab kertas-kertas soalan contoh dan rahsia memperoleh markah tertinggi! Di samping itu, anda juga boleh menggunakan butang merah interaktif, untuk mengetahui cara mengulangkaji pelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
Pelajari teknik pembelajaran yang betul dan bina keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini berbentuk format ulangkaji   bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.  ASTRO TUTOR TV boleh diikuti pada saluran 100 dari 16 Julai sehingga 23 September 2010. Tempoh setiap episod adalah di antara 15 hingga 30 minit.


0 comments: