BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012


Tarikh                     : 27 Mac 2012 (Selasa)
Tempat                   : Bilik Zamrud, PKG Sentul
Kumpulan Sasaran : Guru Perpustakaan & Media Sekolah Ahli PKG S

Bengkel yang bermula pada jam 0830 ini telah dihadiri seramai 38 guru yang bertujuan menyampaikan informasi serta membincangkan permasalahan berkaitan pengurusan PSS sekolah yang dihadapi oleh GPM. Bengkel ini dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah & seterusnya, sesi pengenalan & promosi oleh Cik Syam Irza bt. Mohd Sham. Manakala pengisian utama bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin & Pn. Rosilawati bt. Maabar yang merangkumi iQ-PSS, iNILAM, perancangan & aktiviti galakan membaca.

0 comments: