Tarikh : 16 - 20 April 2012 (Isnin - Jumaat)
Masa : 0830 - 1630
Tempat : Dewan Kuliah, PKG Bangsar
Kumpulan Sasaran : GPM Sekolah ahli PKGS / PKGSJ / PKGB (PKGS = 7 orang GPM)
Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah KOHORT 1 ini telah dihadiri seramai 24 orang Guru Perpustakaan & Media baru dari sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar, Sentul & Segambut Jaya. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GPM yang baru dilantik mengenai teknik mengurus PSS. Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, En. Zainuddin b. Hj. Othman telah menyampaikan slot beliau, bertajuk Konsep Asas PSS & Pengurusan / Pentadbiran PSS. Penceramah dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan iaitu Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin menyampaikan tajuk Proses Teknik & Pengkatalogan & Pn. Rosilawati bt. Maabar pula menyampaikan bidang iNILAM serta aktiviti galakan membaca. Kursus ini juga turut dibantu oleh Pn.S.Fadilah Mohd Salleh (penceramah jemputan), En. Zaini Mohd Endot & Pn. Haslizah Jibin. Peserta juga dibawa ke SK Bangsar untuk khidmat bantu PSS bagi mempraktikkan & mengukuhkan kefahaman mereka situasi sebenar pengurusan PSS.
0 comments: