Tarikh : 16 April 2012 (Isnin)
Masa : 0830 - 1600
Tempat : Bilik Kuliah Zamrud, PKG Sentul
Kumpulan Sasaran : GiCT / GPB Sekolah ahli PKGS
Taklimat yang bermula pada jam 0830 ini telah melibatkan seramai 41/44 orang peserta. Ia diadakan bertujuan bagi menyampaikan makluman hal-hal berkaitan inisiatif-inisiatif ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Disamping itu, taklimat ini juga memberi peluang PKGS mewujudkan Dropbox & makluman emel 1EMAIL1SEKOLAH untuk para peserta bagi tujuan berkongsi maklumat.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Rossaidi Ngah (Penolong Pengarah BTPNKL), En. Abd.Halim Abu Samah (PTP Unit ICT, BTPNKL) & Cik Syam Irza Mohd Sham (PKG Sentul). Turut hadir ialah En. Mohd Khairizal Baharuddin (PKG Pudu), En. Mohd Fakruddin Musa (PKG Kampung Pandan), Pn. Haslizah Jibin (PKG Segambut Jaya), En. Abd.Hamid Abdullah (PKG Keramat).
Peserta diberi borang Akujanji agar maklumat dapat disampaikan ke pengetahuan warga sekolah disamping mereka perlu mengisi Borang Maklumat Diri Guru ICT / GPB untuk simpanan PKG.
0 comments: