TAKLIMAT PENGGUNAAN SUPPORT TICKETING SYSTEM (STS)

Tarikh : 5 April 2012 (Khamis)
Masa : 1400 - 1630
Tempat : Makmal Komputer (Bilik Mutiara) PKG Sentul
Kumpulan Sasaran : GiCT / GPB 

Taklimat yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah melibatkan seramai 39 orang peserta. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada GiCT/GPB mengenai penggunaan STS yang bertujuan membantu para guru melaporkan kerosakan peralatan komputer sekolah. Hanya beberapa orang guru yang terlibat daripada setiap PKG kerana taklimat ini mensasarkan kepada GiCT/GPB yang baru serta sekolah yang didapati tidak melaporkan sebarang kerosakan sebelum ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Zaini b. Mohd Endot (PKG Bangsar). Turut  membantu ialah En. Mohd Seth b. Yusof (PKG Kampung Pandan), Pn. Normastura bt. Abd.Talib (PKG Segambut Jaya), Pn. Siti Shahira bt. Abdul Rahman (PKG Pudu), Cik Rina Murugaiah (PKG Keramat) dan Cik Syam Irza bt. Mohd Sham (PKG Sentul). 

0 comments: