LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IKN (INSTITUT KRAF NEGARA)

           Pada 10 Oktober 2012,3 Pusat Kegiatan Guru iaitu Pusat Kegiatan Guru Sentul,Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan dan Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah bergabung untuk mengadakan lawatan ke IKN (Institut Kraf Negara) yang terletak di Rawang,Selangor. Lawatan ini melibatkan Guru Penyelaras Media,Pegawai Teknologi Pendidikan serta Juruteknik untuk 3 zon Pusat Kegiatan Guru.
          Di sana,ke semua peserta telah didedahkan dengan pelbagai cara serta teknik untuk menghasilkan barangan kraf. Institut Kraf Negara adalah sebuah institut yang menawarkan pengajian berteraskan kepada pendidikan vokasional. Kurikulum pengajian memberi lebih penekanan kepada aspek kemahiran sebanyak (70%) dan akademik (30%). Antara seni kraf yang ditawarkan di institut ini ialah seni kraf batik,seni kraf tenunan,seni kraf kayu,seni kraf seramik,seni kraf logam dan seni kraf rotan & buluh.

0 comments: