MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN MEDIA & JURUTEKNIK KOMPUTER

Bertempat di PKG Sentul,telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan Media dan Mesyuarat Penyelarasan Juruteknik Komputer Sekolah pada 14 Januari yang lalu. Mesyuarat juruteknik komputer sekolah telah melibatkan juruteknik komputer sekolah ahli dari 3 PKG iaitu PKG Sentul,PKG Segambut Jaya dan PKG Keramat. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Bilik Zamrud dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari bagi membincangkan hala tuju tugas-tugas juruteknik komputer sekolah serta juruteknik komputer PKG dan masalah-masalah yang dihadapi oleh juruteknik komputer sekolah.Mesyuarat ini juga telah dihadiri pegawai-pegawai dari BTPNKL,PKG Kampung Pandan dan PKG Bangsar.
Pada sebelah petang pula,bertempat di Bilik Zamrud telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media yang mana hanya melibatkan guru-guru penyelaras media dari zon PKG Sentul sahaja. Mesyuarat yang bermula pada jam 2 petang ini telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh PKG Sentul serta Guru-guru Perpustakaan Media sepanjang tahun 2013 ini. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini adalah lawatan ke Kidzania.

Galeri Gambar Klik Di Sini


0 comments: