Hjh Noorayni - Jasa Mu Dikenang



Warga BTPNKL dan Unit HEPKG khasnya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam alam baharu iaitu alam persaraan kepada Ketua Unit Hal Ehwal PKG,Puan Hjh Nooryani Bt Othman (pegawai Teknologi Pendidikan DGA34) yang bersara pada 18 Februari 2013. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1979 dengan menabur bakti di SK Endau,Mersing. Pada tahun 1980, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menjadi guru penolong di beberapa buah sekolah. Perkhidmatan beliau dengan BTPN bermula pada tahun 2004. Dengan Persaraan ini,kami mendoakan semoga Allah SWT menganugerahkan beliau kehidupan yang berbahagia disamping keluarga tersayang. Semoga beliau akan tetap terus menyumbangkan bakti untuk bangsa,agama dan negara.InsyaAllah.

Terima kasih segunung budi,
Jasa kusimpan dilubuk hati,
Tunjuk dan ajar penyuluh hari,
Tegur nasihat amat dihargai.


**sumber dari : http://btpnkl.edu.my/

0 comments: