Penarafan iQPSS

u.p :
Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan
Pengetua / Guru Besar 
Sekolah ahli PKG Sentul

Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan
Guru Perpustakaan & Media
Sekolah ahli PKG Sentul


Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan bahawa data penarafan iQPSS telah mula dibuka (http://iqpss.tarantula.my/) & kami di PKG Sentul memohon jasa baik pihak Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada Guru Perpustakaan & Media untuk mula mengisi data penarafan tersebut dan menghantarnya pada atau sebelum 30 Mac 2013. Untuk pengetahun pihak Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan, taklimat berkaitan penghantaran data ini telah dimaklumkan semasa Taklimat GPM yang lalu, 21 Februari 2013 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul. Dukacitanya, ada segelintir GPM sekolah yang MASIH BELUM MULA mengisi data penarafan ini. 

Sehubungan itu, Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memanjangkan makluman ini kepada Guru Perpustakaan & Media. Sebarang makluman, sila hubungi PKG Sentul di nombor talian 03-62500185. 

Sekian, terima kasih.

0 comments: