TAKLIMAT PELAKSANAAN SSQS UNTUK GURU PENOLONG KANAN 1 SEKOLAH AHLI 2013

Satu Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 Untuk Guru Penolong Kanan 1 telah diadakan di Bilik PKG Sentul pada 28 Ogos 2013(Rabu). Kesemua 44 buah sekolah ahli telah menghadiri taklimat berkenaan. Penolong Pengarah BTPNWPKL iaitu En Mohd Hazri b. Minhat dan Pegawai UPICT BTPNWPKL, En. Abdul Hamid b. Abdullah turut menyampaikan maklumat penting yang perlu dilaksana di peringkat sekolah. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sentul iaitu Cik Syam Irza bt. Mohd Sham memberikan penerangan mengenai tatacara pelaksanaan SSQS serta tindakan yang perlu Guru Penolong Kanan 1 jalankan sepanjang tempoh pelaksanaan SSQS 2013 berlangsung di sekolah masing-masing.

0 comments: