BENGKEL PENGUKUHAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH BIL.1/2014


Kumpulan 1 : 7 Februari 2014 (Jumaat) – 14 sekolah ahli PKG Sentul.
Kumpulan 2 : 11 Februari 2014 (Selasa) – 7 sekolah ahli PKG Sentul.
Masa : 8.30 am – 1 pm.
Tempat : Makmal Komputer (Mutiara), PKG Sentul.

Bengkel bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping, pesanan KPP & penerangan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah. Dua penceramah telah dijemput iaitu En. S’aleh b. Osman (PTP PKG Bangsar) & En. Muhamad Asif Mushadat b. Abd. Saha (PTP PKG Keramat). Turut serta membantu ialah En. Abd. Hamid b. Abdullah (UPICT BTPNWPKL), Pn. Haslizah (PTP PKG Segambut Jaya) & Cik Syam Irza Sham (PTP PKG Sentul). Bengkel ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai PPW Sentul, Cik Ratnawati bt. Mohd Nordin & Pn. Rashimah bt. Nordin.

Bengkel ini diadakan bertujuan membantu sekolah-sekolah ahli PKG Sentul dan Segambut Jaya yang masih mempunyai masalah pengisian data SPS. Bengkel ‘hands on’ ini memberi bantuan secara teknikal yang merangkumi 4 modul utama SPS (fasa 1) iaitu maklumat sekolah, maklumat kakitangan sekolah, maklumat murid dan maklumat kemudahan sekolah. 

0 comments: