PERTANDINGAN MENCIPTA MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN UNTUK SEKOLAH AHLI PKG SENTUL 2014

  

Ruj Kami  : PKG(S)8882/8/3(42)
Tarikh       : 25 Jun 2014

U.P :
Y. Bhg. Datin/Tuan/Puan,
Pengetua / Guru Besar & Guru-guru Sekolah Ahli PKG Sentul, WP Kuala Lumpur.
(Rujuk Pautan Senarai Sekolah Ahli PKGS),



PER : PERTANDINGAN MENCIPTA MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN UNTUK SEKOLAH AHLI PKG SENTUL 2014

Sukacita adalah dimaklumkan bahawa PKG Sentul dan Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JKPA PKG Sentul akan menganjurkan satu Pertandingan Mencipta Modul Pengajaran dan Pembelajaran terbuka untuk sekolah ahli PKG Sentul pada ketetapan berikut; 
  • Tempoh pertandingan : 1 Ogos hingga 30 September 2014. 
  • Tarikh tutup pertandingan  : 30 September 2014 (penghantaran Borang Penyertaan (Lampiran  2a/2b) dan CD - bahan hardcopy dan softcopy ke PKG Sentul perlu dihantar pada atau sebelum tarikh tutup)
  • Kategori :   
Murid Sekolah Rendah (berkumpulan) - Pertandingan Mencipta Modul PdP menggunakan Microsoft Office Power Point 
  1. 2 orang murid (Murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 5) dan diiringi seorang guru sebagai penasihat 
  2. Satu sekolah boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan namun tidak lebih 2 penyertaan kerana memberi peluang kepada sekolah lain untuk menyertainya. 
  3. Pengisian dan Subjek Modul PdP yang ditetapkan (sila rujuk syarat). 
Guru SR dan SM (berkumpulan) - Pertandingan Mencipta Modul PdP menggunakan SITE VLE Frog 
  1. 2 orang guru (sekolah yang berlainan adalah dibenarkan namun mesti berdasarkan senarai sekolah ahli PKG Sentul sahaja).
  2. Guru-guru boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan namun tidak melebihi 3 penyertaan kerana memberi peluang kepada sekolah lain untuk menyertainya. 
  3. Pengisian dan Subjek Modul PdP yang ditetapkan (sila rujuk syarat).
Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Datin/Tuan/Puan, pertandingan ini akan dijalankan sebanyak 2 peringkat iaitu peringkat saringan dan akhir. Sebanyak 10 Modul PdP (5 modul setiap kategori) yang berjaya akan dipanggil semula untuk pertandingan akhir iaitu sesi pembentangan yang akan diadakan di PKG Sentul pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Pertandingan ini diadakan bertujuan melahirkan guru dan murid yang lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar serta meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ICT.  

Hadiah-hadiah menarik menanti para peserta;
Hadiah (Setiap kategori);
Juara            : Piala, Sijil Penyertaan & Hadiah Saguhati

Naib Juara   : Piala, Sijil Penyertaan & Hadiah Saguhati

Ketiga         : Piala, Sijil Penyertaan & Hadiah Saguhati

Ke-empat    : Sijil Penyertaan & Hadiah Saguhati

Ke-lima       : Sijil Penyertaan & Hadiah Saguhati
 

BORANG PENYERTAAN - sila klik pautan ini (LAMPIRAN 2a & 2b): https://docs.google.com/a/btpnkl.edu.my/file/d/0B2Bwb3v3agwJU1dPTl9QeFpELUU/edit

SYARAT PERTANDINGAN - sila klik pautan dibawah

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Syam Irza bt. Mohd Sham atau En. Saifizan Afzarin b. Abd.Latib di talian 03-62500185 (PKG Sentul). 

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI!



  

0 comments: