TAKLIMAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015

Pusat Kegiatan Guru Sentul dengan jayanya telah menjalankan taklimat khas berkaitan pengurusan tahunan pusat sumber sekolah kepada guru perpustakaan dan media bagi tahun 2015. Guru yang hadir adalah yang bertanggungjawab mengenai pusat sumber sekolah telah diberikan taklimat oleh Encik Mohd Zabidi Bin Ismail iaitu Ketua Unit PSP, Puan Arinawati Binti Mohd Yassin juga dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan juga dari Cik Syam Irza Binti Mohd Sham dari Pusat Kegiatan Guru Sentul.

Seramai 44 orang guru yang juga dari sekolah ahli telah dijemput bagi mendengar taklimat ini. Tidak ketinggalan juga guru yang baharu dilantik bagi menggantikan Guru Perpustakaan Media yang lama juga turut hadir.Pusat Kegiatan Guru Sentul mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua Guru Perpustakaan Media samada yang lama mahupun yang baharu dilantik.

Sekian,terima kasih.






0 comments: