Majlis Pelancaran Program VLE Frog & i-Think

Pada 9 Mac 2015 yang lalu,bertempat di SMK Sentul Utama telah diadakan Majlis Pelancaran Program VLE Frog & i-Think yang dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sentul iaitu Cik Syam Irza Binti Mohd Sham. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG SMK Sentul Utama iaitu Pn.Hajah Norsiah Binti Yahya. Majlis ini juga menandakan program Frog VLE dan i-Think yang dilancarkan di sekolah ini mendapat penglibatan pada semua murid,guru serta ibu bapa. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,diikuti ucapan pengetua dan ucapan perasmian oleh tetamu jemputan iaitu Cik Syam Irza. Majlis kemudian diteruskan dengan gimik pelancaran dan juga tayangan multimedia yang amat menarik perhatian. Pada Majlis tersebut juga,Cik Syam Irza telah menyampaikan Kad Frog VLE kepada Yang Dipertua PIBG yang mewakili ibu bapa,Pengetua yang mewakili guru-guru,semua ketua tingkatan yang mewakili para pelajar serta penyampaian kad & 'Button Budge' kepada skuad Briged Bestari. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah. Harapan PKG Sentul agar SMK Sentul Utama terus cemerlang dalam memartabatkan penggunaan Frog VLE & i-Think sesuai dengan temanya "Sederap Memacu Kecemerlangan Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia".















0 comments: