Bengkel Penghasilan Bahan PdP Matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk Pembangunan Laman Pembelajaran (Virtual Learning Environment) VLE Frog 2015

Satu Bengkel Penghasilan Bahan PdP Matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk Pembangunan Laman Pembelajaran (Virtual Learning Environment) VLE Frog 2015 telah diadakan pada 16 & 17 Jun 2015 bertempat di Makmal Mutiara (Komputer), Pusat Kegiatan Guru Sentul. Bengkel ini telah berjaya melatih 45 orang guru Bahasa Malaysia sekolah rendah yang mengajar tahun 3 yang terdiri daripada 15 orang guru daripada sekolah ahli PKG Sentul, Segambut Jaya dan Keramat. PKG Sentul ingin mengucapkan sekalung Terima Kasih kepada pegawai Meja VLE Frog PPW Sentul iaitu En.Khairul Anwar bin Sharin atas kesudian beliau menyampaikan ceramah dan teknik pembinaan laman. Harapan kami agar dengan adanya bengkel sebegini, penggunaan VLE sekolah mendapat sokongan yang baik, diperluaskan, dan dipelbagaikan di peringkat sekolah.





0 comments: