Khidmat Bantu Verifikasi Chromebook SMK La Salle Sentul

Khidmat Bantu Verifikasi Chromebook telah diadakan di SMK La Salle Sentul pada 17 September 2015. Khidmat bantu pada kali melibatkan 4 orang Juruteknik Komputer Pusat Kegiatan Guru (PKG) iaitu En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib dari PKG Sentul,En Shahrullail dari PKG Keramat,Pn Juninah Binti Mohmad Nor dari PKG Pudu dan Cik Siti Shahira Binti Abdul Rahman dari PKG Kampung Pandan beserta pegawai dari PKG Sentul iaitu Cik Syam Irza Binti Mohd Sham. Khidmat Bantu pada kali bertujuan untuk mengalihkan chromebook dari bilik stor Pejabat di tingkat 1 ke bilik guru di tingkat 4. Ini adalah untuk memudahkan lagi para guru dan pelajar sekolah untuk meminjam dan menggunakan chromebook. Semoga dengan khidmat bantu yang dijalankan pada kali ini dapat meningkatkan penggunaan chromebook sekolah di mana sebelum ini penggunaan chromebook sekolah adalah rendah disebabkan oleh kedudukan chromebook yang tidak strategik dan agak sukar untuk diakses oleh para guru dan pelajar. Pihak PKG Sentul juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung bagi menjayakan khidmat bantu chromebook pada kali ini. Semoga hubungan antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang.

Sekian,terima kasih.













0 comments: