Majlis Perasmian Kelas Frog VLE di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Kelas Frog VLE di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur

Selasa, 26 Julai 2016, jam 9:30 pagi ~ Seluruh warga sekolah dah murid di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu pada hari ini berasa amat bertuah kerana impian mereka untuk memiliki sebuah Kelas Frog VLE yang berkonsepkan pendidikan abad ke-21 kini telah menjadi kenyataan. Perasmian kelas yang telah disempurnakan oleh Encik Naoki Nishida (Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Of Tokyo-Mitsubishi UFJ) dan Datin Kathleen Chew (Pengarah Program Yayasan YTL) turut disaksikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Mustapa Alba bin Umar.






* Sumber Berita dari www.btpnwpkl.org

0 comments: