Majlis Penyerahan Tablet Kementerian Pendidikan Malaysia

Khamis | 22 September 2016M | 20 Zulhijjah 1437H | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPN WPKL) yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Othman (Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL) bersama Unit Media dan Inovasi Pendidikan (UMIP) telah turun padang menjayakan Majlis Penyerahan Tablet, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis yang telah disempurkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia) telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pihak BTPN WPKL telah berjaya melaksanakan tugas sebagai Jawatankuasa Rakaman Video dan Fotografi di sepanjang majlis berlangsung. Untuk foto selanjutnya, sila klik Galeri BTPN WPKL.

*sumber : http://www.btpnwpkl.org/


0 comments: