KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2017


Rabu | 5 April 2017M | 8 Rejab 1438H | Program KM1M Peringkat Wilayah Persekutuan 2017 telah dijalankan selama tiga hari (4 hingga 6 april 2017) serentak di tiga tempat iaitu di Perbadanan Kota Buku ( Bengkel Penulis Muda ) yang melibatkan 40 orang murid, SMK Putrajaya Presint 9 (2) yang melibatkan 250 orang murid, dan di Perpustakaan Kuala Lumpur yang melibatkan 240 orang murid daripada 60 buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

         PKG Sentul telah menganjurkan Pertandingan Literasi Maklumat: Membina Laman Pengajaran & Pembelajaran VLE Frog yang melibatkan 4 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah. Sekolah yang terlibat dipilih menyertai pertandingan ini sebagai penghargaan kerana penggunaan VLE Frog yang tinggi dalam pengajaran diperingkat sekolah. Peserta telah diberikan syarat pertandingan beberapa minggu sebelum pertandingan. Pada 5 April 2017, semua sekolah yang terlibat telah membuat pembentangan hasil kerja mereka berdasarkan tema yang diberikan.  Pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penutup KM1M 2017 pada hari yang berikutnya. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Kategori Sekolah Menengah:
Tempat Pertama : SMK Convent Sentul.
Tempat Kedua    : SMK Batu Muda.
Tempat Ketiga    : SMK Maxwell.

Kategori Sekolah Rendah:
Tempat Pertama : SJKC Chong Hwa.
Tempat Kedua    : SK Sri Dhandayuthapani.
Tempat Ketiga    : SJKT St. Joseph.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang & terima kasih kepada semua GPM yang telah banyak membantu menjayakan program ini.





0 comments: