Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto & Video) Sempena Bulan Kebangsaan 2017


Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:-
  • Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2017 dengan penuh patriotisme.
  • Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram.
  • Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda (TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

Tempoh pertandingan adalah bermula pada 16 April 2017 sehingga 16 Ogos 2017. 

Caranya cukup mudah !! 

Hanya muat naik foto atau video anda dengan menunjukkan rasa cintakan Negara dengan tema #negarakumalaysia #IM60 dan hantarkan kepada @instamerdeka mengikut kategori iaitu #im60umum (umum), #im60siswa (siswa) dan #im60sekolah (pelajar sekolah menengah)

Anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan hadiah sampingan yang menarik daripada pihak penganjur. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat berkenaan pertandingan ini, sila layari atau hubungi  :-

b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
c) Hubungi urusetia pertandingan di talian : 03-2694 4839

Semua warga Kementerian/Jabatan/Agensi adalah dijemput untuk menyertai peraduan ini.

0 comments: