TAHNIAH JOHAN Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan 2017

Jumaat | 29 April 2017M | 2 Sya'aban 1438H |

Wakil WP Kuala Lumpur ke Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan 2017 iaitu Adik Kamali Kannan (SM Sains Seri Puteri) telah menjadi Johan bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan seorang lagi Adik Muhamad Ahnaf Rujhee bin Raja Anuar (SKPK (B) Jln Batu) juga menjadi Johan Kategori Pendidikan Khas.

Upacara penyampaian hadiah telah dilaksanakan di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah melibatkan beberapa kategori. Kuala Lumpur turut menghantar wakil untuk semua kategori namun rezeki tidak berpihak kepada tiga calon WPKL yang lain. Pertandingan kali ini menampakkan kematangan dan peningkatan kualiti yang tinggi berbanding tahun-tahun yang lepas. Walaupun tidak berjaya namun pujian perlu diberikan mereka di atas usaha dan semangat kental yang dipamerkan sepanjang program pemantapan dijalankan sehinggalah kehari terakhir pertandingan NILAM Kebangsaan 2017 patut dibanggakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan Tahniah diucapkan kepada kedua-dua sekolah ahli PKG Sentul atas kejayaan yang sangat membanggakan ini terutamanya kepada GPM-GPM yang terlibat. Kejayaan cikgu dan anak murid cikgu akan menjadi dorongan kepada sekolah-sekolah ahli yang lain.


0 comments: