[SEGMEN PSS] Khidmat Bantu PSS SK Seri Perak

19 Mei 2017 / 22 Syaban 1438H - Khidmat bantu PSS SK Seri Perak ini adalah usaha sama daripada pihak PKG Sentul dengan Unit UPSP BTPNWPKL. Pada hari tersebut, khidmat bantu susun atur PSS diberikan. Pelaksanaan susunan semula PSS telah dilakukan dengan bantuan guru dan pekerja sekolah. Pandangan telah diberikan mengenai aspek keselamatan murid.


Antaranya ialah cadangan penukaran pintu yang berat yang mana akan mencederakan murid tahap 1 sekiranya berlaku kecuaian. Cadangan lain yang diberikan ialah berkenaan pertukaran laluan masuk ke PSS melalui jalan belakang supaya murid tidak menggunakan tangga tepi sebagai laluan utama. Khidmat bantu susulan akan diberikan mengenai Automasi Senayan.

0 comments: