BENGKEL NILAM DITAMBAH BAIK & KEBERHASILAN VLE FROG SEKOLAH AHLI PKG SENTUL 2017


8 & 9 Ogos 2017 - 
Bengkel NILAM telah diadakan dengan jayanya yang disertai oleh 44 GPM/Guru NILAM sekolah ahli PKG Sentul. Program NILAM ditambah baik adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat membina tabiat membaca dikalangan murid. Program ini telah dijenama semula dengan penambahbaikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM). Bengkel selama dua hari ini turut membincangkan pelaksanaan dan keberhasilan VLE Frog berkonsepkan literasi maklumat. 

Pada hari kedua, peserta telah dibawa menjelajah ke Perbadanan Kota Buku, Maju Junction Kuala Lumpur. Bagi mengisi ruang waktu, peserta telah menghasilkan bahan-bahan literasi maklumat seperti pohon ilmu, knowledge on the stick, ulat buku naik daun, kad pop-up, tunjuk arah, ekplorasi, mobail dan iThink. Bengkel telah diakhiri dengan penyampaian amanat daripada CEO Perbadanan Kota Buku; Tn. Sayed Munawar b. Sayed Mustar, lawatan serta sesi fotografi. 


Kesempatan ini, PKGS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Moganam dan En. Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni, Pengurus Projek selaku wakil pengurusan Perbadanan Kota Buku atas kesudian menerima kahadiran kami.      


HARI PERTAMA;





  
HARI KEDUA;





















0 comments: