Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah - sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan yang berteraskan pelajaran. Oleh itu, para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama, mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.
Majlis telah dirasmikan oleh En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah, BTPN WPKL ) semasa majlis penutupan kami juga turut menjemput Pn Nurhafiza bt Baharuddin ( Ketua Unit Pengurusan Strategik BTPN Negeri Sembilan ) bagi mewakili KPP BTPN Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis penutupan. Majlis penutupan merupakan sebagai tirai penutup Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2016.
Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada BTPN Negeri Sembilan kerana telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang sangat baik kepada kami, para hakim yang terpilih serta para pegawai BTPN WPKL & PKG KL.
sumber : http://upspbtpnkl.blogspot.my/ (UPSP BTPNKL)
Khemah Membaca 2016
Promo Anugerah Nilam 2016
0 comments: