Khamis | 22 September 2016M | 20 Zulhijjah 1437H | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPN WPKL) yang diketuai oleh Encik Zainuddin
bin Haji Othman (Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL) bersama Unit Media dan
Inovasi Pendidikan (UMIP) telah turun padang menjayakan Majlis Penyerahan
Tablet, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis yang telah disempurkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri
Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia) telah berlangsung dengan
jayanya di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Pihak BTPN WPKL telah berjaya melaksanakan tugas sebagai
Jawatankuasa Rakaman Video dan Fotografi di sepanjang majlis berlangsung. Untuk
foto selanjutnya, sila klik Galeri BTPN
WPKL.
*sumber : http://www.btpnwpkl.org/
0 comments: