#imbaskembali Pelancaran Google For Education Training Center Versi Bahasa Malaysia


29 Februari - Satu program Pelancaran Google For Education Training Center Versi Bahasa Malaysia telah diadakan bertempat di PKG Sentul. Program kerjasama antara 2 pihak iaitu BTPN WPKL/PKG WPKL & Google Malaysia ini telah berjaya melibatkan seramai 60 orang guru yang telah dipilih berdasarkan kemahiran mereka dalam menggunakan aplikasi google, ICT, VLE serta minat untuk mengetahui lebih mendalam dalam pengurusan pendidikan (PdP) menggunakan Google Apps. Program yang telah dilancarkan oleh Penolong Pengarah BTPNWPKL; En. Mustapa Alba bin Umar ini, diadakan bertujuan;
1) Melancarkan secara rasmi Google for Education Center versi Bahasa Malaysia.
2) Mempertingkatkan pengetahuan & kemahiran guru dalam penggunaan Google Apps di sekolah & dalam bilik darjah.
3) Memberi contoh praktikal dan 'hands-on' aplikasi Google Apps dalam pengajaran & pembelajaran.
4) Memberi panduan & khidmat nasihat sebagai persediaan untuk pensijilan Pendidikan Bertauliah Google Tahap 1.
5) Perkongsian ilmu alternatif sumber PdP guru.

En. Mustapa Alba

Program ini turut dihadiri oleh wakil Google Malaysia iaitu Cik Rahayu Binti Ramli (Pengurus Program Pendidikan Google Malaysia), En. Philip TanPoco (Pengurus Program GEG Global), En. Amir Amha (Koordinator Program Pendidikan Google Malaysia), barisan urus setia Google Malaysia (Cik Momo, Cik Wey Lin & lain-lain), Pn. Maimunah binti Mohd.Tahir, Pn. Norhayati binti Mohd Badri & En. Zulfadli (BTP, Bukit Kiara), Pn. Sharifah Norsuhaila binti Said Samsudin (Ketua Unit, Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme BTPN WPKL), pegawai-pegawai BTPN WPKL (En. Rusli, En. Mohd Khairizal & En. Khairul Nizam) &  PKG WPKL (Cik Syam Irza, Pn. Haslizah, En. Adam Shah, En. Sa'leh, En. Nazri, En. Abdul Hamid, Pn. Nur Huzaifah, En. Roslan & En. Saifizan Afzarin).

Cik Rahayu

En. Amir Amha


En. Philip TanPoco

Pelbagai aktiviti / taklimat yang telah dikongsikan oleh jurulatih-jurulatih GEG yang bertauliah dimana guru-guru telah dibahagiakan kepada 3 kumpulan kecil;

JURULATIH
TOPIK
BILIK
En. Fadzil & En. Ariff
1.  A safe place for all your files: Google Drive
2.  Create and share lesson plans : Google Doc
3.  Collaborating on Google Slides
4.  Organize class resources online : Google Sites
Bilik Zamrud
En. Adnin & Pn. Afiqah
5.  Managing your class : Google Classroom
6.  Youtube for education
Makmal Mutiara
En. Yassir & En. Faiq
7.  Gathering inputs through Google Forms
8.  Grading sheets made easy via Google Sheets
9.  Your personal assistant : Google Calendar
10. Gmail : Back to the Basics
Bilik Delima

SESI PENDAFTARAN;
Urusetia PKG (En. Roslan) memastikan para peserta menyemak senarai nama peserta sebelum mendaftar. 



Para urusetia Google Malaysia yang sedang sibuk mengendalikan sesi pendaftaran.


Beginilah suasana para peserta yang bersemangat untuk mengikuti program ini.

MAJLIS PELANCARAN;



Nyanyian Lagu "Negaraku".

En. Philip Tanpoco (kiri sekali), walaupun kurang memahami BM tetapi masih setia mendengar dengan senyuman  :)
Bacaan Doa oleh En. Adam Shah (PTP PKG Segambut Jaya)








Sesi taklimat program Google For Education yang disampaikan oleh Cik Rahayu.


  SESI TAKLIMAT;
Taklimat (Bilik Zamrud) disampaikan oleh En.Fadzil.
Taklimat (Bilik Delima) disampaikan oleh En. Yassir & En. Faiq.
Para peserta kita sedang khusyuk mendengar taklimat.

Para pegawai turut menyertai taklimat yang dberikan.
Perkongsian ilmu oleh sahabat kami, Cikgu Tan.
Kemesraan terjalin!
Keceriaan peserta selepas selesai program.
Sahabat Google kami!

Pn. Sharifah & En. Abdul Hamid.
Pn. Haslizah & Cikgu Tan yang sentiasa ceria!

SESI BERGAMBAR;





Kecerian para pegawai, jurulatih & peserta










BTPN WPKL & PKG WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Google Malaysia kerana sudi memilih kami sebagai platform Pelancaran Google for Educatian Training Center Versi Bahasa Malaysia & diharapkan keakraban ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya dapat melahirkan lebih ramai guru-guru bertauliah & terlatih. 

Kuning Emas Masaknya Padi,
Mawar Merah dalam Jambangan,
Terima Kasih Daun Keladi,
Budi 'Google' Jadi Kenangan.
Kepada para peserta, kami doakan anda lulus dalam Pensijilan Pendidikan Bertauliah Google Tahap1 dengan jayanya. Insyallah.


#imbaskembali
#kenanganpkgsentul

0 comments: