MESYUARAT KLUSTER GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SEKOLAH AHLI PKG SENTUL BIL.2/2019 & TAKLIMAT NILAM DITAMBAHBAIK & SSQS 2019



Tarikh: 8 Ogos 2019 (Khamis)
Tempat: Makmal Mutiara, PKG Sentul, KL
Masa: 10.00 pg - 1.00 ptg

Seramai 41/43 orang Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Sentul terlibat ke mesyuarat dan taklimat kali ini & Alhamdulillah program ini berjalan lancar mengikuti agenda yang telah ditetapkan. Agenda :
 1. Ucapan Aluan Pengerusi
 2. Pengesahan Minit Mesyuarat
 3. Pembentangan Laporan Aktiviti & Pencapaian 
    3.1.  Pemantauan Khidmat Bantu Bersepadu (PKBB)
    3.2.  Pengurusan Aktiviti PS Sekolah
 4. Taklimat NILAM ditambah baik 2019
 5. Taklimat SSQS 2019
 6. Hal-hal lain
    6.1. Anugerah TeknoPen 2019
    6.2. Sesi soal jawab
    6.3. Kemaskini maklumat GPM
 7. Ucapan Penangguhan

Selain membincangkan aktiviti PSS, mesyuarat bilangan 2 kali ini juga memfokuskan taklimat NILAM ditambahbaik & SSQS 2019 bagi membantu memberi panduan kepada GPM-GPM baharu. Mesyuarat & taklimat ini telah dikendalikan oleh pegawai PKG Sentul iaitu Cik Syam Irza Mohd Sham & Pn. Nordarshima Kassim. 

PKGS mengucapkan Terima Kasih atas kehadiran semua warga GPM sekolah serta kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan kami.



Terima Kasih Kami Ucapkan,
Kerana Kalian Selalu Membantu,
Jasa & Bakti Jadi Taruhan,
Akan Dikenang Sepanjang Waktu.

0 comments: