Tarikh: 9 Ogos 2019 (Jumaat)
Tempat: Bilik Zamrud, PKG Sentul, KL
Masa: 9.30 pg - 12.15 tengahari
Seramai 40/43 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah ahli PKG Sentul terlibat ke mesyuarat dan taklimat kali ini & Alhamdulillah program ini berjalan lancar mengikuti agenda yang telah ditetapkan. Agenda :
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Pembentangan Laporan Aktiviti & Pencapaian
3.1. Pemantauan Khidmat Bantu Bersepadu (PKBB)
3.2. Pengurusan Aktiviti ICT Sekolah
4. Taklimat Digital Competency Score (DCS) 2019
5. Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) 2019
6. Hal-hal lain
6.1. Anugerah TeknoPen 2019
6.2. Sesi soal jawab
7. Ucapan Penangguhan
Selain membentangkan dan membincangkan aktiviti-aktiviti ICT, mesyuarat bilangan 2 kali ini juga memfokuskan taklimat DCS & SSQS 2019 bagi membantu memberi panduan kepada GPB/GPICT baharu. Mesyuarat & taklimat ini telah dikendalikan oleh pegawai PKG Sentul iaitu Cik Syam Irza Mohd Sham & Pn. Nordarshima Kassim.
PKGS mengucapkan Terima Kasih atas kehadiran semua warga GPB/GPICT sekolah serta kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan kami.
Letih Berjalan di Tengah Pekan,
Singgah Sebentar di Gerai Siti,
Terima Kasih Kami Ucapkan,
Atas Segala Jasa & Bakti.
0 comments: