MESYUARAT AJK BIRO PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER PKG SENTUL 2010





Tarikh:26 Ogos 2010
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Bilik Seri Indah, SMK Setapak Indah


Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan Pegawai Teknologi Pendidikan Sentul
3. Pelantikan Jawatankuasa Biro
4. Peranan dan Bidang Tugas Biro
5. Rancangan Aktiviti Biro 2010 dan 2011
6. Hal-hal lain

Antara lain mesyuarat ini membincangkan tentang beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan oleh JKPA PKG Sentul 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

1. Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2010

  • Tarikh: 7 Oktober 2010
  • Masa: 7.30 pg - 4.30 ptg
  • Tempat: SJKT Sentul
Matlamat
Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan GPM dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah kearah pusat sumber cemerlang. Diharapkan dengan mengadakan aktiviti ini, GPM sekolah-sekolah yang prestasi kurang cemerlang dalam aspek pengurusan PSS akan memperoleh maklumat serta idea bagaimana untuk menguruskan PSS dengan baik dan menyusun atur perabot di pusat sumber seperti yang sepatutnya.

Objektif
  • Memahami tugas-tugas dan berusaha memperbaiki serta meningkatkan kecekapan bagi mencapai objektif PSS.
  • Mengetahui bidang pengurusan agar dapat diaplikasikan dalam tugas seharian.
  • Memahami kaedah serta cara yang dapat dilakukan bagi memastikan perkhidmatan PSS benar benar dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dan profesionalisme.

2. Pemantapan Program Nilam 2010
  • Tarikh: 8 Oktober 2010
  • Masa: 7.30 pg - 4.30 ptg
  • Tempat: SK Batu Muda
Matlamat
Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Guru Penyelaras Nilam dalam merancang dan melaksanakan pelbagai progam berkaitan dengan Nilam bagi memastikan Program Nilam berjaya disekolah. Diharapkan dengan mengadakan aktiviti ini Guru Penyelaras Nilam sekolah sekolah yar berprestasi kurang cemerlang akan memperoleh maklumat serta idea bagi melaksanakan pelbagai aktivi berkaitan bagi memastikan program ini berjaya.

Objektif
  • Memahami tugas-tugas dan berusaha memperbaiki serta meningkatkan kecekapan bagi mencapai objektif Program NILAM.
  • Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat suka membaca.
  • Merancang dan menediakan kemudahan bahan dan fizikal bagi menarik minat murid-murid untuk membaca.

0 comments: