Masa : 0730 - 1930
Objektif :
i. Meneliti perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di organisasi yang berbeza bidang & tugas rutin harian tetapi mengamalkan standard Kualiti MS ISO 9001:2008 yang sama.
ii. Perkongsian ilmu bagi tujuan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti & Pengurusan PKG.
Lawatan Penanda Aras yang telah
diadakan ini telah disertai seramai 26 peserta yang terdiri daripada Pasukan Kualiti
BTPNKL & Pengerusi JKPA PKGKL. Destinasi pertama ialah ke
Hospital Tampin Negeri Sembilan bagi berkongsi ilmu berkaitan sistem pengurusan
standard kualiti MS ISO dan 5S yang dilaksanakan oleh pihak hospital tersebut. Kami disambut baik oleh Timbalan Pengarah, Dr Siti Fatimah & kakitangan hospital. Setelah diberi penerangan berkaitan pengurusan hospital, ahli lawatan
dibawa melawat sekitar kawasan disamping memperlihatkan sistem pengurusan 5S
yang dilaksanakan di Unit Rehabilitasi, Unit Dietetik &
Sajian, Unit Farmasi, Unit Pediatrik & Unit Pakar
Perubatan.
Destinasi kedua ialah
lawatan ke PKG Padang Temu. Disana, kami disambut mesra pula oleh KPP BTPN
Melaka serta pegawai-pegawai BTPN M & PKG PT. Kami diberi taklimat berkaitan
PKG tersebut & juga penubuhan persatuan FT17 PKG PT iaitu ‘The Flying Squad’.
TFS merupakan pasukan FT17 yang bertujuan memberi khidmat bantu & nasihat
berkaitan ICT. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah tetapi juga
sebagai latihan teknikal kepada semua FT17 yang terlibat & ia juga mampu menjimatkan
kos penyelenggaraan.
0 comments: