PEMANTAUAN / KHIDMAT BANTU & NASIHAT ICT SK SENTUL UTAMA

Tarikh : 8 & 9 Mei 2012 (Selasa & Rabu)
Masa : 0830 - 1630
Tempat : SK Sentul Utama


8 Mei 2012

Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti keadaan Makmal Komputer 1 dan pejabat sekolah berkenaan yang didapati tidak mempunyai talian internet.  Pemantauan ini telah dihadiri oleh En. Abd.Halim Abu Samah (BTPNKL) & Cik Syam Irza Mohd Sham (PKG Sentul) bagi melihat keadaan & seterusnya memberikan khidmat bantu & nasihat kepada pihak pengurusan sekolah.

9 Mei 2012
Khidmat bantu bersambung dengan bantuan Cik Rina a/p Murugaiah (PKG Keramat / FT17), En. Mohd Seth b. Yusof (PKG Kampung Pandan / FT17), Pn. Siti Shahira bt. Abd. Rahman (PKG Pudu / FT17) & Pn. Normastura bt. Abd.Talib (PKG Segambut / FT17) & Cik Syam Irza bt. Mohd Sham (PKG Sentul / PTP). Turut serta En. Ahmad Rezuan b. Mat Jusoh, guru ICT & Pn. Tuan Kamariah bt. Nik Sin, Guru Besar sekolah berkenaan. Beberapa kerosakan dapat dikenalpasti & telah dimaklumkan kepada pihak sekolah. Pasukan PKGKL turut memberikan khidmat nasihat tentang penggunaan makmal komputer.   


Pihak PKG Sentul ingin mengucapkan sekalung Terima Kasih kepada BTPNKL, PKGKL & FT17 PKGKL atas bantuan yang diberikan. Alhamdulillah, para murid SK Sentul Utama kini dapat menggunakan perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh KPM.      

0 comments: