MESYUARAT PENGURUSAN JURUTEKNIK SEKOLAH AHLI PKG SENTUL & SEGAMBUT JAYA BIL.1/2014

Tarikh : 20 Mac 2014 (Khamis)
Masa : 3 – 5 pm.
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Segambut.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pn. Haslizah Jibin (PTP PKG Segambut Jaya) ini membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan JTK di sekolah. Mesyuarat ini turut diselitkan sesi pengenalan diri memandangkan para JTK diperkenalkan dengan Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin, PTP II PKG Sentul yang baru. Disamping itu, para JTK turut diingatkan untuk sentiasa menulis rekod tindakan kerja di sekolah.


P/S : Selamat datang kepada FT17/JTK sekolah ahli PKG Sentul yang baru iaitu SK Segambut dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 2 sekolah (seperti tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan sekolah yang lebih berhampiran.

Selamat Datang juga kepada Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin yang telah dilantik sebagai PTP II  PKG Sentul yang telah bermula perkhidmatannya pada 3 Mac 2014.

0 comments: