TAKLIMAT PENGURUSAN ICT UNTUK GPB & GICT

Tarikh : 11 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Zamrud, PKG Sentul.

Taklimat ini bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping dan pengenalan PTP II PKG Sentul yang baru iaitu Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin oleh Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP I PKG Sentul. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Hazri, PP BTPNWPKL, En. Abdul Hamid b.Abdullah, dan En. Abd.Moeis Abd.Shukor, PTP Unit PICT, BTPNWPKL. Objektif program taklimat tahunan ini diadakan bertujuan memberi maklumat terkini serta berkongsi pendapat tentang pengurusan ICT sekolah. Taklimat kali ini turut diselitkan taklimat Frog VLE yang dikongsikan bersama oleh GICT SMK Raja Abdullah iaitu Pn. Normie Azura yang merupakan Jurulatih Utama Frog VLE dan Google.


P/S : Selamat datang kepada GPB & GICT sekolah ahli PKG Sentul yang baru iaitu SK Segambut, SJKC Khai Chee, SJKT Segambut, SMK Segambut dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 5 sekolah (seperti tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan sekolah yang lebih berhampiran.

0 comments: