Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Delima, PKG Sentul.
Taklimat ini bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping oleh Pn. Haslizah Jibin, PTP PKG Segambut Jaya yang membantu Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP PKG Sentul kerana bercuti tanpa rekod (peperiksaan). Turut serta dalam memberikan taklimat pengurusan pusat sumber sekolah ialah En. Mohd Fakruddin, Ketua Unit PSP dan Pn. Arinawati Mohd Yassin, PTP Unit UPSP serta dibantu oleh Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin, PTP PKG. Taklimat ini diadakan bertujuan memberi maklumat terkini serta berkongsi pendapat tentang pengurusan pusat sumber sekolah. Disamping itu, taklimat ini merupakan program tahunan yang dijalankan dengan kerjasama BTPNKL & PKG.
P/S : Selamat datang kepada GPM sekolah ahli PKG
Sentul yang baru iaitu SK Segambut, SJKC Khai Chee, SJKT Segambut, SMK Segambut
dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang
pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana
kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 5 sekolah (seperti
tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan
sekolah yang lebih berhampiran.
0 comments: