Khidmat Bantu Rangkaian LAN & ICT SMK Bandar Baru Sentul

Khidmat Bantu Rangkaian LAN & ICT telah diadakan di SMK Bandar Baru Sentul pada tarikh 23 - 25 Mac 2015 yang lalu. Seramai 9 orang juruteknik komputer terlibat di dalam khidmat bantu pada kali ini. Juruteknik komputer yang terlibat merupakan juruteknik komputer dari sekolah ahli PKG Sentul yang terdiri daripada
1. Nasarudin Bin Yusof - SM Sains Sri Puteri
2. Muhammad Shauqi Bin Che Omar - SMK Raja Abdullah
3. Siti Hasliana Binti Thalji - SMK Maxwell
4. Shahril Anuar Bin Shahidan - SK Taman Koperasi Polis
5. Mohd Khairul Ajmain Bin Omar - SK Bandar Baru Sentul
6. Norkamaliah Hanum Binti Abdul Hamid - SK Segambut
7. Nurul Amira Binti Ali Hassan - SK Sentul 1
8. Marutheisweran a/l Thanggamani - SJKT Sentul
9. Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib - PKG Sentul
Objektif utama khidmat bantu ini dilaksanakan adalah untuk membaiki dan memantapkan rangkaian internet di SMK Bandar Baru Sentul. SMK Bandar Baru Sentul juga menerima sebanyak 82 buah netbook 1Malaysia dan jesteru itu,rangkaian internet yang mantap serta baik amat diperlukan di SMK Bandar Baru Sentul. Khidmat bantu ini juga melibatkan pembaikan rangkaian internet di Makmal Komputer dan pemasangan 3 unit 'outdoor wireless' di makmal sains,pejabat serta pusat sumber Majlis penutup khidmat bantu pada kali ini telah dihadiri oleh Tuan KPP BTPNKL iaitu En Zainuddin Bin Hj Othman sambil diiringi oleh Ketua Unit ICT,En Abd Halim Bin Abu Samah,Ketua Unit Hal Ehwal PKG,En Zaini Bin Mohd Endot dan Ketua Unit PKG Sentul,Cik Syam Irza Binti Mohd Sham. Semoga pihak sekolah dapat menggunakan manfaat yang sebaiknya dari rangkaian internet yang telah disediakan melalui khidmat bantu pada kali ini terutama sekali dari segi pembelajaran dan pengajaran murid.











0 comments: