Taklimat Juruteknik Komputer Sekolah Bil 1/2015

Taklimat Juruteknik Komputer Sekolah Bil 1/2015 telah diadakan di Bilik Zamrud PKG Sentul yang melibatkan juruteknik sekolah ahli PKG Sentul,PKG Segambut Jaya dan PKG Keramat. Taklimat yang diadakan pada 18 Mac 2015 ini juga bertujuan untuk memantapkan pemahaman dalam bidang tugas juruteknik komputer sekolah terutama sekali penyelenggaraan ICT dan pengurusan ICT. Taklimat ini telah dihadiri oleh 48 juruteknik komputer sekolah,pegawai PKG Sentul iaitu Cik Syam Irza Binti Mohd Sham,pegawai PKG Segambut Jaya iaitu Puan Haslizah Binti Jibin dan pegawai PKG Keramat iaitu En Mohamad Asif Mushadat Bin Abdul Saha beserta juruteknik komputer PKG Sentul iaitu En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib,juruteknik komputer PKG Segambut Jaya iaitu Puan Rina a/p Murugaiah dan juruteknik komputer PKG Keramat iaitu En Shahrullail Bin Khalidin.Turut hadir pada taklimat tersebut ialah pegawai dari BTPNKL iaitu En Zaini Bin Mohd Endot.











0 comments: