Pembekalan Netbook 1Malaysia

Pengedaran Netbook 1Malaysia telah berjaya dilaksanakan dari 19 Januari 2016 sehingga 21 Januari 2016,bertempat di BTPNKL. Untuk sekolah ahli PKG Sentul,pengedaran telah dilakukan kepada sekolah yang terpilih pada 20 Januari 2016 yang mana melibatkan 5 buah sekolah ahli PKG Sentul iaitu SMK Sentul Utama,SMK Maxwell,SK (L) Jalan Batu,SK (P) Jalan Batu dan SK Seri Perak. Dengan pengedaran yang terbaru ini,bilangan sekolah ahli PKG Sentul yang menerima Netbook 1Malaysia adalah sebanyak 23 sekolah.

*gambar oleh UMIP BTPNKL

0 comments: