Khidmat Bantu Penyelenggaraan ICT & Rangkaian LAN SMK(P) JALAN IPOH

Khidmat bantu 4 hari ini (2 hingga 5 Februari 2016) yang melibatkan seramai 6 orang Juruteknik Komputer Sekolah dan Pusat Kegiatan Guru (PKG); En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib beserta guru ICT sekolah dan pegawai PKG Sentul; Cik Syam Irza Binti Mohd Sham. Objektif khidmat bantu kali ini adalah untuk membantu pihak sekolah memperluaskan talian internet 1Bestarinet ke seluruh kawasan blok sekolah untuk tujuan PdP di dalam kelas serta memperkemaskan Makmal Komputer sekolah.
Semoga dengan khidmat bantu yang dijalankan pada kali ini dapat meningkatkan penggunaan VLE Frog sekolah serta membantu mempertingkatkan PdP guru. Pihak PKG Sentul juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu pada kali ini. Semoga hubungan antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang.

Sekian,terima kasih.

SEBELUM;

SELEPAS;




0 comments: