Khidmat Bantu ICT : SK Sentul 1

Khidmat bantu ICT telah dijalankan di sekolah SK Sentul 1 pada 11 Februari 2016. Khidmat bantu pada kali ini melibatkan 2 orang juruteknik komputer iaitu En Saifizan Afzarin dari PKG Sentul dan Pn Amira dari SK Sentul 1 dan dilakukan selama 1 hari. Kerja yang dilakukan adalah melakukan pendawaian LAN dari bilik komputer PIBG ke Pusat Akses sekolah.Pendawaian ini memastikan pusat akses sekolah mendapat taklian internet dan memastikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan jayanya. Ini juga merupakan salah satu inisiatif ICT yang dijalankan oleh pihak PKG Sentul untuk membantu pihak sekolah.










0 comments: