Taklimat Pengurusan ICT Sekolah Bil.1/2016 (sekolah ahli PKG Sentul)


Taklimat Pengurusan ICT Sekolah Bil.1/2016 ini telah diadakan dengan jayanya pada 22 Februari 2016 bertempat di Bilik Zamrud PKG Sentul. Taklimat ini melibatkan seramai 44 orang Guru ICT dan Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Sentul. Pelbagai agenda telah dibincangkan bersama bagi merealisasikan kerjasama di antara pihak sekolah dengan JPWPKL, BTPNWPKL, PKG Sentul & PPW Sentul.Taklimat yang bermula pada jam 9 pagi itu juga telah membincangkan panduan laporan penyelenggaraan ICT, aduan 1bnselfcare, laporan SSQS 2014 & 2015, VLE Frog dan sebagainya. Turut serta bersama dalam taklimat ini adalah Ketua Unit dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pembestarian BTPNWPKL; En. Abd. Halim b. Abu Samah & En. Mohamad Asif Mushadat b. Abdul Saha serta Penolong Pengarah Unit Pengurusan ICT JPWPKL; En. Rossaidi b. Ngah. 


Pendaftaran 






Sesi taklimat

LOGIN VLE PALING AKTIF (SEKOLAH AHLI PKG SENTUL);
TEMPAT KESEPULUH : SMK MAXWELL

TEMPAT KELAPAN : SK SEGAMBUT

TEMPAT KETUJUH : SJKC CHONG HWA

TEMPAT KEENAM : SMK BANDAR BARU SENTUL

TEMPAT KEEMPAT : SMK CONVENT SENTUL

TEMPAT KETIGA : SMK BATU MUDA

TEMPAT KEDUA : SMK RAJA ABDULLAH

TEMPAT PERTAMA : SJKC KHAI CHEE
Tempat 1 hingga 20;

  1. SJKC Khai Chee
  2. SMK Raja Abdullah
  3. SMK Batu Muda
  4. SMK Convent Sentul
  5. SMJK Chong Hwa
  6. SMK Batu Muda
  7. SJKC Chong Hwa
  8. SK Segambut
  9. SK Taman Koperasi Polis
  10. SMK Maxwell
  11. SMK Segambut
  12. SJKC Chi Man
  13. SJKC Sentul Pasar
  14. SK Bandar Baru Sentul
  15. SJKT Sentul
  16. SJKC Sentul
  17. SMK(L) Methodist Sentul
  18. SK Seri Nilam
  19. SK Sentul 2
  20. SJKT St. Joseph


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya. Terima kasih juga kepada guru-guru Penyelaras Bestari & ICT atas kerjasama yang diberikan sepanjang Tahun 2015. Kepada GPB & GICT yang baru dilantik tahun ini, selamat bertugas!


1 comment:

  1. Tahniah kepada sekolah2 yang telah berjaya mendapat tempat 1 hingga 10. Next turn kami pula nanti...Tunggu...Terbaik!!!

    ReplyDelete