Taklimat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Bil.1/2016

26 Februari - Satu Taklimat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Bil.1/2016 telah diadakan bertempat di Bilik Zamrud, PKG Sentul. Taklimat ini melibatkan seramai 42/44 orang Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Sentul. Antara perkara yang telah dibincangkan bersama adalah laporan iNILAM, penarafan PSS melalui SSQS, tugasan GPM 2016 dan Takwim UPSP/Aktiviti PSS peringkat negeri. Turut serta bersama dalam taklimat ini adalah Ketua Unit dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNWPKL; Pn. Arinawati Mohd Yassin dan Pn. Rosilawati Maabar serta tetamu jemputan iaitu Pengurus, Jabatan Usaha Niaga Sosial, Perbadanan Kota Buku; Pn. Hjh. Norhayati Razali. Beliau menyampaikan taklimat berkaitan aktiviti dan pengurusan Perbadanan Kota Buku & pengenalan kepada buku penulisan beliau iaitu "Kemahiran Literasi Maklumat untuk GPM". Pembacaan khusus untuk para GPM yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam merancang dan menjayakan aktiviti Literasi Maklumat di peringkat sekolah.

SESI PENDAFTARAN;



SESI TAKLIMAT;



Cik Syam Irza menyampaikan taklimat berkaitan tugasan GPM, SSQS & takwim UPSP 2016
Pn. Rosilawati menyampaikan taklimat berkaitan iNILAM.

PENCAPAIAN iNILAM TERBAIK PERINGKAT PKG SENTUL;
TEMPAT KESEPULUH : SK TAMAN KOPERASI POLIS

TEMPAT KESEMBILAN : SK(L) JLN BATU

TEMPAT KELAPAN : SMJK CHONG HWA

TEMPAT KETUJUH : SK LA SALLE SENTUL 1

TEMPAT KEENAM : SJKC CHIAO NAN

TEMPAT KELIMA : SK(P) JLN BATU

TEMPAT KEEMPAT : SK CONVENT SENTUL 1

TEMPAT KETIGA : SJKC CHONG HWA

TEMPAT KEDUA : SJKC CHI MAN

TEMPAT PERTAMA : SM SAINS SERI PUTERI 
NO.
SEKOLAH
PENGLIBATAN MURID (%)
PENCAPAIAN JAUHARI (%)
1
SM SAINS SERI PUTERI
100 %
100 %
2
SJKC CHI MAN
100 %
67.30 %
3
SJKC CHONG HWA
100 %
54.15 %
4
SK CONVENT SENTUL 1
100 %
42.30 %
5
SK(P) JLN BATU
100 %
40.15 %
6
SJKC CHIAO NAN
100 %
29.18 %
7
SK LA SALLE SENTUL 1
100 %
28.17 %
8
SMJK CHONG HWA
100 %
24.28 %
9
SK(L) JALAN BATU
100 %
19.08 %
10
SK TAMAN KOPERASI POLIS
100 %
18.99 %


Penyampaian cenderahati kepada Pn. Hjh. Norhayati Razali
Penyampaian cenderahati kepada Pn. Arinawati
Penyampaian cenderahati kepada Pn. Rosilawati

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya. Terima kasih juga kepada GPM atas kerjasama yang diberikan sepanjang Tahun 2015. Kepada GPM yang baru dilantik tahun ini, selamat bertugas!

0 comments: